|
|
![]()
|
|
|
| |
| |
| |
Projek Ladang Berkelompok ini memberi peluang kepada 109 peserta untuk memiliki lot ladang sawit sendiri samada secara usaha sendiri atau cara usahasama dengan pihak syarikat.
Peserta hanya boleh membeli 1 lot atas nama sendiri dengan membayar RM12000 sahaja. Jumlah ini meliputi urusan pembayaran premium dan kerja ukur yang telah pihak syarikat selesaikan. Pembelian untuk lebih luas hanya dalam gandaan 15 ekar.
Kos lain:
Bersih kawasan RM300/ekar.
Anak sawit dan upah tanam RM15.oo/pokok. (1 ekar = 55 pokok).**
Jika ada kemusykilan sila berhubung lagi dengan saya. 013-2784228.
Anggaran kos keseluruhan tiap 1 lot = RM28.000
Peserta boleh memilih untuk mengusahakan sendiri atau menyerahkan kepada pihak kami untuk diusahakan secara kontrak mengikut syarat-syarat yang dipersetujui bersama.
Pengurusan Ladang Kontrak.
Ini adalah opsyen yg boleh dipilih oleh peserta. Melalui opsyen ini, peserta atau pemilik lot menyerahkan kepada pihak kami untuk diusahakan untuk menyalurkan dana kepada Madrasah Pondok Tahfiz yang sedang dalam perancangan untuk beroperasi secara rasmi menjelang 2013.
Melalui opsyen ini, peserta atau pemilik lot bersetuju pembahagian dengan nisbah 70-30 dari keuntungan hasil yang diperolehi setelah ditolak kos pengurusan ladang.
Madrasah akan melantik satu syarikat pengurusan ladang untuk menyelenggarakan segala kerja-kerja perladangan mulai dari pembersihan tanah hingga ke peringkat penuaian dan penjualan hasil.
Pengiraan dan pembahagian keuntungan akan dibuat setiap bulan mulai dari tanah mengeluarkan hasil.
Perancangan jangkapanjang kami ialah mengurus tanah yang diperolehi dengan konsep Perladangan Intergrasi iaitu menggabungkan ladang sawit dan penternakan lembu.
Sekiranya didapati ada kesesuaian tanah, projek tanaman kontan akan dilaksanakan sebaik saja selesai kerja menanam anak-anak sawit. Jenis tanaman akan ditetapkan kemudian mengikut keadaan dan permintaan pasaran semasa dengan mendapat khidmat runding dan pemantauan dari pegawai penyelidik MARDI.
Kami mengajak tuan-puan untuk menyertai dan memilih opsyen ini supaya manfaat untuk kebajikan kedua pihak dalam jangka panjang supaya matlamat kami menyediakan peluang dan tempat pengajian agama secara percuma yang menggabungkan sistem pondok dan tahfiz dapat menjadi kenyataan insyaAllah.
**
Anggaran.



